Thursday, August 5, 2010

Promosi Kraf Malaysia 2010

Promosi kraf Malaysia ini telah berlansung pada 29 julai sehingga 02 Ogos 2010 bertempat di East Coast Mall kuantan, Pahang. Seramai 45 usahawan dari pelbagai negeri telah menyertai promosi ini. Aktiviti jualan bermula dari jam 10 pagi dan berakhir pada jam 10 malam.

Pelbagai barangan kraf yang telah dijual seperti seramik, batik, tenun pahang diRaja, anyaman rotan, ukiran kayu, logam dan mutiara. selain itu juga, terdapat aktiviti demontrasi kraf malaysia seperti demontrasi mencanting batik, demontrasi pembuatan Tenun Pahang diRaja, demontrasi ukiran kayu, demontrasi pembuatan logam, dan demontrasi anyaman rotan yang kesemuanya melibatkan usahawan dari negeri Pahang.
Interaktif kraf juga telah di jalankan dengan jayanya yang telah disertai oleh Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Pahang, Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, SMK Abdul Rahman Talib, SMK Bukit Goh dan Sekolah Menengah Perempuan Methodist.

Promosi jualan ini juga telah diselitkan dengan pertandingan mewarna lukisan batik, pertandingan bermain congkak, pertandingan membina arca, pertandingan bermain batu seremban dan pertandingan menganyam ketupat. Pertandingan telah disertai oleh pengunjung-pengunjung yang telah mendaftarkan diri memlalui borang-borang yang disediakan oleh pihak kraftangan.

KDYTM Tengku Puan Pahang mencemar duli menghadirkan diri untuk turut serta menjayakan promosi ini. sepanjang lawatan, Baginda menyertai beberapa aktiviti kraf seperti mencanting batik dan bermain congkak. Komitmen Baginda terhadap aktiviti kraftangan jelas terpancar apabila Baginda menghadirkan diri lagi pada hari kedua dan ketiga promosi ini. Kehadiran Baginda sedikit sebanyak dapat menyumbangkan hasil jualan kepada usahawan.

Promosi Kraf Kalaysia 2010 di Cawangan Pahang menghasilkan hasil jualan yang begitu memberangsangkan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM 305522.70. Dengan kerjasama anggota kerja yang terlibat promosi ini akhirnya berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Semoga promosi pada akan datang lebih teratur dan sistematik.









No comments: