Wednesday, October 21, 2015

Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2015


Semua dijemput hadir kePromosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2015 yang akan berlangsung dari 29 Oktober sehingga 2 November 2015. Program ini akan berlangsung dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. 

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang program tersebut. Maklumat lanjut sila layari http://www.kraftangan.gov.my/ atau hubungi nombor telefon  03-2162 7533.

Datang jangan tak datang.


Tahniah Puan Hajah Zuraida Mokhtar




Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniha kepada Puan Hajah Zuraida binti Mokhtar di atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia yang baru berkuat kuasa 20 Oktober 2015.


Friday, October 9, 2015

Sekitar Promosi Kraf In-Store East Coast Mall 16 - 20 September 2015


Sekitar Promosi Kraf In-Store East Coast Mall 16 - 20 September 2015

Pada 16 hingga 20 September 2015 yang lepas, Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang telah menganjurkan satu aktiviti promosi jualan di pusat membeli-belah East Coast Mall, Kuantan. Ini adalah salah satu usaha Kraftangan Malaysia membantu usahawan kraf membuat jualan dan mempromosikan produk mereka di pusat membeli-belah.


Sambutan yang diterima oleh 27 usahawan sepanjang 5 hari promosi amat menggalakkan ditambah pula dengan tarikh promosi jatuh pada hari cuti sambutan Hari Malaysia 16 September tersebut.Promosi ini juga turut dihadiri oleh Yang Berusaha Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi ) Puan Zuraida binti Mokhtar.


Jadi mari kita sama-sama lihat sendiri beberapa gambar sekitar promosi tersebut berlangsung. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi Pengarah baru Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang iaitu Puan 'Ainu Sham. Semoga bertemu di promosi yang akan datang.






Tuesday, July 7, 2015

Sumbangan Kurma Oleh Pengurusan Kraftangan Malaysia


Sekitar majlis ringkas penyampaian sumbangan kurma oleh pengurusan Kraftangan Malaysia telah diadakan dan sumbangan kurma tersebut telah disampaikan oleh YH Dato' Hj Mohd Zubair Mohd Zain, Pengarah Kraftangan Malaysia cawangan Pahang mewakili pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Majlis penyampaian ini diadakan di pejabat Kuantan.Semua anggota kerja Kraftangan Pahanng cawangan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan yang telah disampaikan ini.

Selamat berpuasa

Thursday, April 16, 2015

Jom Ke Promosi Kraf Malaysia 2015 East Coast Mall Kuantan 21-26 April 2015


Jom Ke Promosi Kraf Malaysia 2015 East Coast Mall Kuantan 21-26 April 2015


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2015 seperti ketetapan berikut :-

Tarikh     :    21-26 April 2015

Masa       :    10.00 pagi hingga 10.00 malam

Tempat   :     Ruang Legar Utama, Pusat Membeli-belah East Coast Mall, Kuantan


Acara promosi ini akan melibatkan 58 syarikat pengeluar kraf  yang memperagakan produk kraf ukiran kayu, perabot, perhiasan diri dari logam perak, batik, rotan, produk hasil rimba, cenderamata dan hiasan rumah yang disertai oleh pengusaha kraf dari Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor, Terengganu, Perak, Melaka, Perlis, Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah.

Bagi peminat batik jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pakaian-pakaian batik corak rekaan semasa dan mendapatkan bagi lelaki yang berpotongan smart kasual dan slim fit samada lengan panjang atau lengan pendek.


Di samping itu, demonstrasi kraf turut diadakan seperti ukiran kayu (arca) dan  Tenun Pahang DiRaja. Aktiviti-aktiviti sampingan Interaktif Kraf dan Edukraf mewarna batik, anyaman rotan dan tenunan tapestry turut diadakan. Turut diadakan persembahan buskers dari kumpulan buskers sekitar Kuantan.