Lot 30858 Kampung Pandan 2, Jalan Pintasan Kuantan - Kuala Terengganu, 26070 Kuantan Pahang Tel: 09-538 5677/4598 Fax: 09-538 4528 www.kraftangan.gov.my
Monday, June 23, 2014
PENAZIRAN AKADEMIK & LATIHAN DARI INSTITUT KRAF NEGARA
Pada 4 Jun 2014, Pihak Institut Kraf Negara telah datang ke Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja
Tengku Ampuan Besar Meriam, Pulau Keladi Pekan Pahang untuk memantau dan menazir akademik dan latihan yang telah dijalankan oleh IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam.
Penaziran kali ini telah dihadiri oleh En. Arsad Bin Ibrahim, En Abdullah Bin Saari dan Pn Yusnida Bt Yusof.
Penazir telah melihat hasil produk pelajar dan folio yang telah disiapkan pelajar.
Tuesday, May 27, 2014
PENILAIAN AKHIR PELAJAR SIJIL KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA (Sesi Januari - Mei 2014)
Pada 22 Mei 2014 (Khamis) Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam, Pulau Keladi, Pekan Pahang telah mengadakan penilaian akhir dalaman Sijil Kemahiran Tenun Pahang Diraja yang melibatkan pelajar semester 01,02 dan 03.
Penilaian akhir bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 4.45 petang. Pada 27 Mei ini pelajar akan menduduki peperiksaan akhir Keusahawanan. Pelajar-pelajar IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam akan mula bercuti pada 31 Mei 2014.
Friday, April 25, 2014
Program Jejak Warisan Kraf 22 - 24 April 2014
Program ini melibatkan aktiviti-aktiviti edukraf dan interaktif kraf. Aktiviti yang dilaksanakan adalah aktiviti edukraf asas ukiran kayu, edukraf mencanting dan mewarna batik, edukraf anyaman rotan dan edukraf tenunan tapestry.
Program ini melibatkan penyertaan 17 buah sekolah, 3 IPTA dan 2 buah NGO dari sekitar daearah Temerloh dengan penyertaan seramai 810 orang peserta.
Selain aktiviti edukraf, beberapa gerai jualan usahawan juga dibuka. Pihak Institut Kraf Negara juga tidak ketinggalan untuk mengambil peluang mempromosikan pengambilan pelajar terutama kepada pelajar-pelajar sekolah menengah atas.
Wednesday, April 16, 2014
LAWATAN KERJA PEMANTAUAN 'OUTLET' PREKA DI PULAU TIOMAN
9 April 2014
Bahagian Rekaan Ibu Pejabat, En. Halim dan En. Mohd Nazri bersama pegawai pereka Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang, En. Norizwan telah melakukan lawatan kerja pemantauan untuk kedai PREKA di Pulau Tioman iaitu di Kg. Genting dan Kg. Salang.
'Outlet' PREKA di Kampung Genting
Nilai jualan di Kg. Genting adalah sebanyak RM1,525.20 manakala di Kg. Salang pula sebanyak RM1,151.00. Ke dua-dua kedai berkenaan mula menjual produk PREKA pada pertengahan tahun 2013. Perniagaan pula terhenti seketika sekitar 3 hingga 4 bulan akibat angin monsun yang melanda dan membuatkan Pulau Tioman tidak dikunjungi pelancong.
'Outlet' PREKA di Kg. Salang
Di Kg. Air Batang, cadangan untuk mewujudkan 'outlet' PREKA di dalam sebuah restoren milik En. Nazri yang baru siap dibina.
Cadangan 'outlet' PREKA yang baru di Kg. Air Batang
Dengan wujudnya 'outlet' PREKA yang menjual produk-produk hasil kraftangan tempatan diharapkan dapat memenuhi permintaan pelancong untuk mendapatkan produk-produk tempatan sebagai cenderahati apabila ke Pulau Tioman. Cadangan dari penjual pula mohon agar produk-produk berkenaan ada tanda nama PULAU TIOMAN kerana ini akan lebih menarik minat pelancong untuk memilikinya sebagai kenang-kenangan.
Gambar & laporan oleh:
Norizwan Mat Nor
PKKM Cawangan Pahang
Tuesday, April 15, 2014
LAWATAN WI NEGERI KELANTAN KE INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM, PULAU KELADI
Pulau Keladi (10 April 2014)- Seramai 30 orang dari WI negeri Kelantan telah datang ke IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam, Pulau Keladi Pekan Pahang untuk melihat sendiri latihan yang dijalankan untuk melatih para belia didalam Seni Kraf Tenun Pahang DiRaja. Lawatan ini diiringi oleh pengajar-pengajar kraf IKTPD ke galeri IKTPD bagi melihat hasil-hasil produk pelajar serta lawatan ke bengkel tenunan bagi melihat proses-proses yang dijalankan. Lawatan berakhir jam 10.40 pagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)









