Thursday, November 1, 2012

KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU PUAN PAHANG KE INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA

Salam 1Malaysia,

      Pada 17 Oktober 2012 yang lalu, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja telah dikunjungi oleh
Keduli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Bt
Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang telah mencemar duli melawat Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja.
      Baginda telah melawat kawasan sekitar IKTPD termasuk penenun-penenun PKKM Cawanagan Pahang yang berpremis disekitar IKTPD. Disamping itu juga Baginda berkenan untuk melawat pelatih-pelatih IKTPD untuk melihat sendiri projek tenunan yang sedang dihasilkan oleh pelatih-pelatih. Baginda amat tertarik dengan hasil projek yang dibuat oleh pelatih-pelatih tersebut. Baginda juga menitahkan agar hasil-hasil projek pelatih-pelatih tersebut diperagakan (fashion show) pada majlis konvokesyen yang akan datang.
       Baginda juga telah melawat peserta-peserta LJP mengkuang yang sedang berjalan dan beramah mesra dengan peserta-peserta tersebut. Keberangkatan pulang Keduli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang pada jam 4.40 petang.

Monday, October 15, 2012

Berita tentang kraf Pahang dalam Berita Harian dan Harian Metro


Lawatan Media bersama Bahagian Komunikasi Korporat telah diadakan pada 22 hingga 24 September 2012 yang lepas melibatkan Cik Wan Sandari bt Wan Mohamad dan En. Aliff Shaddam b Ibrahim dari RTM, Cik Bennie Zie bt Fauzi dari Berita Harian, Puan Hartini bt Mat Nawi dari Harian Metro dan Cik Intan Nur Elliana bt Zakaria sebagai jurugambar untuk Berita Harian dan Harian Metro.

Anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat yang turut terlibat dalam lawatan ini ialah Cik Fazlin Mohamad Zaki dan Cik Norehan Ab Ghani. Turut menyertai mereka pegawai bahagian usahawan PKKM Pahang iaitu En Mohd Faizul dan En Safarin.

Berita tentang Kraf Pahang yang tersiar di akhbar Harian Metro dan Berita Harian baru-baru ini.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK MEMBACA









Friday, September 28, 2012

LAWATAN DARIPADA JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN & PEGAWAI-PEGAWAI INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK CHERAS.



Salam 1Malaysia,

   Pada 26 September 2012 yang lalu, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja menerima lawatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan seramai 43 orang. Lawatan ini bermula pada jam 11.00 pagi sehingga jam 1 tengahari. Lawatan ini serba sedikit dapat memberi input mengenai IKTPD serta Tenun Pahang Diraja.
    Pada sebelah petangnya, pada pukul 2.30 petang kita juga menerima lawatan daripada Pegawai-pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Pekan serta Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Cheras seramai 25 orang. Lawatan ini telah melibatkan semua anggota kerja IKTPD untuk menjayakan lawatan pada hari tersebut. 
     Dengan adanya lawatan sebegini, informasi mengenai IKTPD serta Tenun Pahang Diraja dapat diwacanakan kepada masyarakat sekaligus dapat menjayakan peranan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia bagi memajukan industri kraf negara. Lawatan berakhir pada jam 4.30 petang.

Friday, September 14, 2012

Santai Aidilfitri Persatuan Pengukir Malaysia di Temerloh


Assalamualaikum WBT

Pada 11 September yang lepas, Persatuan Pengukir Malaysia dan Usahawan Kraf Kayu Temerloh dengan Kerjasama Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ( Temerloh) telah mengadakan satu majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri bersempena dengan Mesyuarat AJK Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia. Ini adalah julung kali di mana Persatuan Pengukir menggunakan vanue di Kraftangan Malaysia Temerloh untuk mengadakan mesyuarat.

Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua Persatuan Pengukir Malaysia, En Norhaiza Nordin, Pengarah Kraftangan Malaysia cawangan Pahang YH Dato' Hj Mohd Zubair Mohd Zain, Setiausaha Kehormat Persatuan Pengukir En Abd Muhaimin Hasbollah, Ketua MTIB Pahang En Saupi bin Mat Nawi, AJK-AJK Persatuan Pengukir, Penghulu Mukim Songsang, Usahawan Kraf dan anggota kerja Kraftangan Temerloh bersama ahli keluarga.

Berbagai juadah telah disediakan oleh penganjur dan suasana begitu meriah sekali.Majlis dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya di susuli dengan ucapan oleh YDP Persatuan Pengukir dan Pengarah Krafatangan Malaysia Pahang.
Semoga dengan adanya majlis-majlis seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan antara Persatuan, Usahawan dan pihak Kraftangan Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.




Thursday, September 13, 2012

Lawatan Pelajar IKN Ke Sub Cawangan Pahang, Temerloh


Assalamualaikum WBT

Pada 11 September 2012 yang lepas, satu lawatan oleh pelajar jurusan tenunan Institut Kraf Negara telah dibuat ke Sub cawangan Pahang ( Temerloh ). Lawatan ini telah disertai oleh 19 orang pelajar dan diiringi oleh 2 orang guru yang diketuai oleh Puan Yusnida Yusof.


Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan motif-motif yang terdapat pada ukiran kayu untuk dijadikan contoh kepada corak-corak dalam tenunan mereka seterusnya diadaptasikan dalam corak tenunan yang mereka hasilkan.


Semua pelajar yang terlibat telah dibawa melawat ke galeri, bengkel gunasama dan juga bengkel usahawan inkubator. En Rosidi, Pereka di Sub cawangan Pahang ( Temerloh ) telah memberi penerangan berkenaan motif-motif ukiran kepada semua peserta lawatan.
Penulis juga turut mengiringi peserta lawatan melihat semua pelajar ini begitu teruja dengan contoh-contoh produk ukiran yang mereka lihat. Semoga semua pelajar ini dapat sedikit sebanyak ilmu yang mereka perlukan dalam lawatan yang singkat ini.