Tuesday, October 18, 2011

Promosi Kraf Malaysia 2011 ( 27 - 31 Oktober 2011, East Coast Mall Kuantan )



Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia pada :

Tarikh : 27 Oktober hingga 31 Oktober 2011

Masa : Jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam

Tempat : Ruang Legar Utama, East Coast Mall, Kuantan

Promosi ini akan disertai oleh 54 usahawan kraf dari seluruh negara dan menawarkan berbagai barangan kraf untuk diperolehi. Terdapat juga aktiviti tambahan seperti jualan batik 1Malaysia, demonstrasi kraf, pendidikan kraf, pameran produk baru, permainan rakyat dan persembahan kesenian.

Semua Dijemput Hadir

Monday, September 19, 2011

Perarakan Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke 54 Peringkat Negeri Pahang

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia buat semua pembaca blog Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang.Pada 16 September 2011 telah diadakan satu perarakan sempena sambutan kemerdekaan ke 54 Peringkat Negeri Pahang dan sambutan Hari Malaysia. PKKM Pahang melalui Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Pahang juga tidak ketinggalan menyertai perarakan ini dan Kraftangan Malaysia telah diwakili oleh 5 orang anggota kerja yang terdiri daripada Azrul Izwan (Aloy), Yunus (Noi), Khalid,Fazira dan Fauziah.

Sempat Posing dengan Pengarah lagi ;-)

Turut menjadi tetamu pada majlis perarakan ini adalah Pengarah Cawangan sendiri iaitu En Mohd Zubair Mohd Zain. Menurut anggota kerja yang terlibat acara tersebut telah berlansung meriah tetapi dalam keadaan sederhana. Ikuti aksi-aksi menarik yang sempat dirakam oleh anggota kerja terlibat semasa perarakan tersebut.

Kibarkan Jalur Gemilang

Untuk pengetahuan semua, anggota kerja PKKM Pahang yang terlibat dengan perarakan ini telah mula berlatih dan menyertai raptai pada 12,13 dan 14 Semtember 2011. Latihan dan raptai ini bermula pukul 8.00 pagi setiap hari. Oleh itu, pihak pengurusan PKKM Pahang ingin mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua anggota kerja yang terlibat atas komitmen yang tinggi dalam menyertai dan menjaga nama baik PKKM Pahang sepanjang berlansung nya perarakan ini.

Sempat pose sementara tunggu acara

Kepada Aloi, Noi, Khalid, Fazira dan Fauziah anda semua jangan lupa masukkan acara ini dalam borang LNPT anda nanti. Wakil di peringkat negeri Pahang dan markah juga agak tinggi ;-)


Model Kraftangan Pahang


Jejaka Idaman Malaya






Oleh : Safarin

Wednesday, September 7, 2011

Takziah untuk En Mat Ramly Yaacob


Pihak Kraftangan Malaysia cawangan Pahang ingin mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada En Mat Ramly Yaacob ( Pembantu Ehwal Ekonomi E22 ) Pusat Inkubator Kraf Temerloh atas pemergian ibu beliau ke rahmatullah akibat sakit tua pada malam 5 September 2011 yang lalu. Dikesempatan ini marilah kita bersama-sama menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada roh Allahyarhamah.

AL-FATIHAH

Thursday, August 25, 2011

VIDEO UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H


Video Ucapan Selamat Hari Raya PKKM Pahang


Warga Kerja Kraftangan Malaysia cawangan Pahang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam tidak kira di mana jua anda berada. Kepada yang memandu pulang ke kampung pandulah dengan penuh berhemah supaya dapat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Dengan ingatan tulus ikhlas.

Wednesday, August 24, 2011

Program "Kacau Dodol" sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri

Pada 23 Ogos 2011 bertempat di perkarangan tempat letak kereta Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser ( PKBF ) Kuantan telah berlangsung satu program "Kacau dodol" sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Pada sebelah malam nya pula turut diadakan majlis berbuka puasa. Program ini telah dijayakan bersama oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang. Program turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato' Haji Shafik Fauzan bin Haji Sharif. Beberapa anggota kerja Kraftangan Malaysia cawangan Pahang telah terlibat dengan aktiviti ini. Tidak ketinggalan, Pengarah Kraftangan Malaysia cawangan Pahang sendiri En Mohd Zubair Mohd Zain turut bersama-sama menyertai gotong-royong mengacau dodol.

Dodol dah mula nak mengeras..kacau jangan tak kacau


En Zubair bersama YB Dato Haji Shafik


Hairi dan Syafiq tunjuk skills, Aloy jadi supervisor ;-)


Kacau jangan tak kacau


Geng mengacau lempok durian