Wednesday, June 1, 2011

Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011

rakit di hias rapi sebelum pengembaraan bermula.


Urusetia membuat persiapan terakihir sebelum berlepasan


Peserta exspidisi berakit antarabangsa 2011 memulakan pengembaraan
menawan dan menikmati keindahan sengai pahang.


Peserta mendayung dan mengemudi bersama-sama


sambil mengayuh dan sambil bersantai


para peserta menikmati keindahan dan keunikan sungai pahang.


sebahagian peserta-peserta yang mengambil bahagian


penduduk kampung juga turut memberi sambutan dan sorakan


rakit kraftangan hampir tersangkut pada dahan pokok..hehe

















Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011 merupakan program khas Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bersama Kementerian Pelancongan Malaysia. Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011 telah diadakan pada 8 - 14 Mei 2011 dan telah dirasmikan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan turut hadir YB Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Kuala Lipis. Tema yang digunakan bagi kembara ini adalah "Culture, Nature and Adventure".

Tema ini selaras dengan tujuan utama penganjuran untuk mengangkat Seni Budaya masyarakat tempatan khususnya Negeri Pahang. Kembara ini akan melalui Kula lipis, Jeram Landak, Kampung Pulau Tawar, Kuala Krau, Kampung Sanggang dan Kampung Kuala Triang. Seramai 8 anggota kerja telah menyertai program ini.

Jadual aktiviti Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011.

1) 9 Mei 2011
- Aktivti berakit dari jeti Kuala Lipis ke Jeram Landak
- Aktiviti di hentian Jeram Landak
1) Demonstrasi Masakan
2) Karaoke Bakat Kampung
3) Persembahan Kesenian Tempatan
4) Kenduri Rakyat

2) 10 Mei 2011
- Aktivti berakit dari jeti Jeram Landak ke Kampung Pedah
- Aktiviti di hentian Kampung Pedah
1) Sukan Rakyat
2) Tayangan Wayang Pacak
3) Kenduri Rakyat

3) 11 Mei 2011
- Aktivti berakit dari jeti Kampung Pedah ke Kuala Krau
- Aktiviti di hentian Kuala Krau
1) Mural Dinding di SJK (C) Kuala Krau
2) Persembahan Kesenian Peserta

4) 12 Mei 2011
- Aktivti berakit dari jeti Kuala Krau ke Kampung Sanggang
- Aktiviti di hentian Kampung Sanggang
1) Perlawanan Gasing
2) Pameran Agensi
3) Persembahan Kesenian Tempatan
4) Kenduri Rakyat
5) Forum oleh JASA
6) Nyanyian Fiq Mentor

5) 13 Mei 2011
- Aktivti berakit dari jeti Kampung Sanggang ke Kampung Kuala Triang
- Aktiviti di hentian Kampung Kuala Triang
1) Acara Penutup
2) Sesi Bergambar

Tuesday, April 19, 2011

Ceramah 'Mukmin Profesional"

Pihak Pengurusan PKKM caw Pahang telah menjayakan Ceramah bertajukMukmin Profesional pada 8 April 2011. Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Rosmaniati Bt Che Aman dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) .

Antara petikan yang diambil dalam ceramah tersebut ;

Saidina Ali ada berkata :
" Beramallah ketika ditempat yang tidak ada ganjaran tetapi hanya ada amalan (dunia), sebelum kita berpindah ke tempat yang hanya ada ganjaran tetapi sudah tidak ada amal (akhirat)."

Hadith Riwayat Muslim:
"Apabila mati seseorang anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali melauli 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya".


Diharap semua anggota kerja yang hadir dapat manfaat dari ceramah tersebut dan juga dapat menerapkannya dalam kerja seharian.

Tuesday, April 12, 2011

Kraf Elemen Industri Kreatif Negara

Oleh : Abdul Manan bin Ismail
Emel : manan[at]kraftangan.gov.my
Bahagian Komunikasi Korporat

Kebelakangan ini kita sering terdengar berkaitan Industri Kreatif Negara, Dasar Industri Kreatif Negara dan pelbagai lagi berkaitan dengan Industri Kreatif dan merujuk kepada buku Dasar Industri Kreatif Negara yang diterbitkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan membawa maksud industri-industri yang melibatkan kreativiti individu, keterampilan dan bakat yang mempunyai potensi menjana kekayaan serta penciptaan peluang pekerjaan melalui penggalakan dan eksploitasi harta intelek.

Industri Kreatif merupakan satu sumber yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara di samping memartabatkan budaya bangsa jika ia diselenggarakan dengan bijak dan teratur. Atas dasar masa depan industri ini menampakkan prospek yang tinggi maka pucuk pimpinan negara memberi penumpuan kepada pembangunan industri kreatif yang mencakupi Industri Kreatif Multimedia, Industri Kreatif Seni Budaya dan Industri Kreatif Warisan Budaya.

Menyedari hakikat ini, usahawan-usahawan kraf perlu peka bahawa Industri Kraf juga tergolong di dalam Industri Kreatif di bawah Industri Kreatif Seni dan Budaya. Ia membuka ruang dan peluang kepada masyarakat kraf untuk maju ke hadapan dengan sokongan padu yang telah ditunjukkan oleh kerajaan. Kesungguhan untuk memajukan industri ini perlu di pergunakan sepenuhnya oleh usahawan kraf untuk mencapai matlamat menjadikan industri kraf sebagai satu industri yang berdaya saing dan dinamik.

“Pengusaha kraf, tukang-tukang kraf dan penggiat kraf anda tergolong sebagai individu di dalam Industri Kreatif Negara”


Petikan diatas telah diambil dari website : www.kraftangan.gov.my

Monday, April 11, 2011

Lawatan Akademik Pelajar Ijazah Teknologi Perabot UiTm Pahang.

Para pelajar melawat ruang pameran galeri warisan


para pelajar berkesempatan untuk mengambil gambar


melawat ke pusat jualan Karyaneka


melawat ke bahagian bengkel dan melihat contoh-contoh kayu larik


melawat ke bilik kemasiapan


melihat contoh-contoh kesiapan















Pada 5 April 2011, pelajar-pelajar program Sarjana Muda (Kepujian)
Teknologi Perabot Fakulti Sains Gunaan dari Universiti Institut Teknologi Mara
Pahang (UiTM) kampus Jengka membuat satu lawatan akademik
bagi memenuhi keperluan program mereka di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Kuantan, Pahang.
Lawatan di hadiri seramai 16 orang pelajar dan seorang pegawai pengiring.

Semasa lawatan di adakan, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran yang jelas tentang penghasilan
kraftangan di samping menghubungkaitkan dengan apa yang telah di pelajari dan selain itu juga
para pelajar berkesempatan melihat produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan pahang.

pada jam 4.30 petang, pihak PKKM telah menyediakan minuman untuk disajikan kepada para pelajar.

Thursday, March 31, 2011

Sekitar Lawatan Delegasi Simposium Tekstil Tradisional Kali Ke-3 Ke IKTPD


Pada tanggal 20 Mac 2011 bersamaan hari Ahad, satu lawatan dari delegasi Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Kali Ke-3 dengan jumlah peserta seramai 70 orang telah hadir ke IKTPD, Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Turut sama mencemar duli dalam lawatan berkenaan adalah KDYTM Tengku Puan Pahang dengan diiringi Pengerusi Kraftangan Malaysia,YBhg. Dato’ Zakiah Ahmad , EXCO Perlancongan Negeri Pahang YB Dato’ Haji Shafik Fauzan, dan Pengurus Besar Karyaneka Pn, Zuraidah Razak.


Dalam lawatan berkenaan, KDYTM Tengku Puan Pahang telah berkongsi cerita mengenai penubuhan IKTPD serta membawa para delegasi tersebut melawat sekitar IKTPD seperti Galeri Tenun yang mempamerkan hasil kerja pelajar pengambilan pertama, bengkel pra-tenun dan tenunan, bilik kuliah dan komputer. Para delegasi juga berkesempatan melihat kerja-kerja menenun oleh para pelajar dengan penerangan daripada Ke Bawah Duli Tuanku serta barisan tenaga pengajar yang ada.


Di akhir lawatan, delegasi berkenaan telah di bawa ke bengkel pengeluaran usahawan Tenun Pahang Diraja bersebelahan bangunan IKTPD di mana terdapatnya kain-kain tenun yang dijual dan ada di antara mereka telah membeli kain berkenaan. Beberapa usahawan juga turut sama menanti kehadiran mereka seperti Pn. Hajjah Nortipah (Adiguru Tenun Pahang Diraja), En. Abu (Felda Chini 5), En. Azman Zakaria, dari Pulau Keladi sendiri. Bagi menghilangkan dahaga, para delegasi telah dihidangkan minuman cendol dan air batu campur yang disediakan khas untuk mereka sebelum mereka bertolak ke Muzium Pekan.


Lawatan berkenaan telah berakhir pada jam 12.30 tengahari