Tuesday, October 5, 2010

Pemasangan Contoh Pagola Sempena Promosi Hari Raya Aidilfitri Di Kampung Razali Kuantan.


Pada 30 September 2010 yang lepas, anggota kerja Kraftangan Malaysia Pahang telah memasang sebuah pagola untuk dijadikan hiasan sempena rumah terbuka Aidilfitri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang YB. Dato' Haji Shafik Fauzan bin Haji Sharif yang diadakan pada 1 Oktober 2010. Kerja-kerja pemasangan ini diketua oleh En Norizwan dan dibantu oleh kakitangan yang lain seperti En Rosidi, En. Ahmad Syafiq, En. Azrul Izwan, En. Hairi dan En. Safarin.

Atap pagola berjaya dinaikan ke atas lori untuk dibawa ke rumah YB


Abg Wan dengan skill tersendiri


Hairi dengan gaya nya tersendiri


Semua melepaskan penat setelah kerja pemasangan telah siap


Pagola yang telah siap dipasang dan dihias


Abg Wan melepaskan penat di atas pagola

Pihak pengurusan PKKM cawangan Pahang mengucapkan terima kasih kepada semua anggota kerja yang terlibat dalam kerja-kerja pemasangan pagola ini...



Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya


Ikhlas daripada PKKM Cawangan Pahang

Friday, September 3, 2010

Rekaan Dan Prototaip Untuk Rujukan Usahawan.

Unit rekaan cawangan pahang telah menghasilkan rekaan dan prototaip untuk dijadikan sumber
rujukan kepada usahawan dan menghasiklkan produk karf untuk pameran seperti Hari
kraf kebangsaan,promosi kerja kahwin,promosi aidilfitri dan bermacam-macam lagi promosi
yang diadakan oleh ibu pejabat.Unit rekaan kami juga menghasilkan beberapa unit perabot
untuk institut tenun pahang diraja sempena pembukaan institut tersebut. Dengan itu kami
telah menyediakan beberapa contoh rekaan dan produk untuk dimuatkan di dalam blog cawangan kami.






Wednesday, August 11, 2010

Jualan Produk Kraf 1 Malaysia, Pos Betau Kuala Lipis

Program ini telah berlangsung pada 23 dan 24 Julai 2010 di Pos Betau, Kuala Lipis dibawah anjuran JKPKPKK Negeri Pahang dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sempena program Penghayatan 1 Malaysia bersama masyarakat orang Asli yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. PKKM Caw Pahang telah mengadakan jualan disamping pameran dan pendidikan kraf sempena program ini.

Seramai 25 orang pelajar dari SK. Pos Betau telah menyertai Pendidikan Kraf Mencanting dan Mewarna Batik pada 23 Julai 2010, ia bertujuan mendedahkan teknik pembuatan batik lukis serta memupuk minat dalam bidang kraf ini. Pada 24 Julai 2010, aktiviti ini dibuka kepada orang ramai dan seramai 20 orang telah menyertai Pendidikan Kraf Mencanting dan Mewarna Batik.

Bagi jualan produk kraf 1 Malaysia pula, Karyaneka telah memperolehi jualan adalah sebanyak RM 2042.00. Program penghayatan telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada pengunjung dan penduduk setempat yang hadir memeriahkan lagi program ini.

Persiapan Tempat Sebelum Program Berlangsung



Masyarakat Anak-Anak Orang Asli



Interaktif Mewarna Batik Canting 1 Malaysia


Pancaragam Sekolah dari Anak-Anak Orang Asli


Kunjungan daripada Pengerusi JKPKPKK Negeri Pahang ke gerai kraftangan


YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak melawat gerai
Kraftangan serta menyampaikan cenderamata