Saturday, July 24, 2010

Promosi Kraf Malaysia

Datanglah beramai-ramai

Thursday, July 15, 2010

Orientasi Pengeluaran Produk Anyaman Rotan

Produk siap dan aktiviti sepanjang bengkel OP dijalankan

Unit Pembangunan Usahawan Cawangan Pahang telah mengadakan orientasi pengeluaran produk ayaman rotan di PKKM Cawangan Pahang pada 5 hingga 9 Julai 2010. Seramai 21 orang peserta terlibat daripada 5 syarikat usahawan kraf rotan negeri Pahang, antara syarikat yang menyertai ialah syarikat Aziah Handcraft, Suri Craft, K One Craft, Rotan Maju Enterprise dan KEMAS Paya Rambutan.

Sepanjang lima hari aktiviti ini diadakan para peserta didedahkan kepada teknik perwarnaan serta rekaan produk baru, tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memastikan usahawan kraf rotan Negeri Pahang diberi pendedahan kepada rekaan baru, dan produk tersebut diuji pasaran sempena Promosi Kraf Malaysia di ECM pada 29 Julai ini.

Antara produk yang dihasilkan adalah beg anyaman rotan yang dikombinasikan bertangkaikan kulit, rekaan ini telah dihasilkan oleh unit rekaan PKKM Cawangan Pahang. Daripada soal selidik peserta yang mengikuti bengkel ini berharap Kraftangan Malaysia dapat mengadakan bengkel seumpama ini pada masa akan datang.












Wednesday, July 14, 2010

Majlis Solat Hajat Dan Bacaan Yassin

Satu majlis solat hajat dan bacaan yassin telah diadakan di Institut Latihan Tenun Pahang Diraja, Pekan Pahang pada 13 Julai 2010. Majlis ini diadakan sempena kemasukan pelatih baru ke ILTPD.












Bimbingan Teknikal Kertas Buatan Tangan Di Kg. Gumum, Chini

Bimbingan teknikal kertas buatan tangan telah dilaksanakan pada 28 Jun 2010 sehingga 2 Julai 2010 bertempat di bengkel usahawan Three N Enterprise iaitu salah seorang usahawan kraf SDSI negeri Pahang. Aktiviti ini telah dilaksanakan di perkampungan orang asli Kg. Gumum Chini, seramai 9 orang peserta telah menyertai aktiviti tersebut.
Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta akan teknik pembuatan kertas buatan tangan dan penggunaan alam semulajadi yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan kertas. Secara keseluruhannya selama lima hari kursus tersebut diadakan, para peserta dapat menghasilkan kepelbagaian kertas hasil daripada alam semulajadi.
En Syamsul Hairie usahawan kraf Kedah telah dilantik memjadi tenaga pengajar dalam aktiviti tersebut, menurut beliau Tasik Chini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan terdapat kepelbagaian sumber alam semulajadi yang unik yang sukar didapati disesetengah tempat lain. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah PKKM Cawangan Pahang En.Mohd Zubair Mohd Zain pada 2 Julai 2010.



Tenaga pengajar sedang menunjukkan teknik memotong batang pisang


Ucapan ketua unit Pembangunan Usahawan di majlis pembukaan


Pengarah sedang meneliti hasil produk yang telah dihasilkan


Wakil peserta menyampaikan cenderamata kepada tenaga pengajar







Monday, July 12, 2010

Gotong Royong Membersih Kawasan PKKM Caw Pahang

Pada 2 Julai 2010 Kraftangan Malaysia cawangan Pahang telah mengadakan aktiviti gotong-royong yang melibatkan semua angota kerja dari setiap unit. Setiap unit juga telah dibahagikan tempat untuk menjalankan tugas masing-masing. Aktiviti ini bermula dari pukul 2.45 petang dan berakhir pada 5.00 petang. Di harap dengan aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan dan meningkatkan semangat kerjasama sesama anggota kerja.