Lot 30858 Kampung Pandan 2, Jalan Pintasan Kuantan - Kuala Terengganu, 26070 Kuantan Pahang Tel: 09-538 5677/4598 Fax: 09-538 4528 www.kraftangan.gov.my
Tuesday, October 14, 2014
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TENUN PAHANG DIRAJA DI IKTPD, TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM
Program / Aktiviti : Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja
Tarikh : 13 Oktober 2014
Tempat : Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Tengku Ampuan Besar Meriam
Wednesday, October 8, 2014
Promosi Jualan Kraf In-Store Promotion 25 hingga 28 September 2014
Promosi jualan ( in-store promotion ) ini telah disertai oleh 24 usahawan yang terdiri dari pelbagai negeri seperti Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
Program jualan yang berlangsung selama empat hari ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari pengunjung. Tarikh program promosi yang hampir dengan sambutan hari raya Aidiladha menyebabkan gerai-gerai usahawan yang menjual batik dan parang menjadi tumpuan.
Wednesday, September 24, 2014
Sekitar Promosi Kraf Malaysia 2014 "Poh Paleh Pahang"
Pada 9-14
September 2014 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Pahang telah mengadakan
Promosi Kraf Malaysia ‘Poh Paleh Pahang’ bertempat di Pusat Membeli-belah East
Coast Mall, Kuantan.
Penganjuran Promosi
Kraf Malaysia 2014 di East Coast Mall Kuantan kali ini turut diserikan lagi
dengan keberangkatan tiba KDYTM Tengku Puan Pahang mencemar duli bagi merasmikan majlis promosi seterusnya
melancarkan Produk Jenama Negeri Pahang “Pahang Pride”.
Hadir sama Dato Seri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Haji Hassan,Ahli Jemaah Pangkuan Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato’ Haji
Mohd Sharkar Bin Haji Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan
Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato' Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Yang Hormat Dato’ Mohd Zubair Mohd Zain, Pengarah Kraftangan
Malaysia Cawangan Pahang dan menantu KDYTM Tengku Puan Pahang.
Aktiviti-aktiviti
yang diadakan seperti Jualan Kraf oleh 60 usahawan kraf, Peragaan Pakaian Batik
Negeri Pahang, Pameran Produk Pahang, Interaktif dan Edu Kraf serta Kaunter
Maklumat Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja.
Promosi Kraf
Malaysia diadakan dengan tujuan mempromosikan produk kraf tempatan bagi
memenuhi pasaran domestik. Malah kunjungan pelancong dari luar negara turut
berpeluang melihat keunikan dan keindahan produk kraf tempatan yang dianjurkan
di lokasi tumpuan ramai ini. Penganjuran di East Coast Mall ini mendapat
sambutan menggalakkan daripada pengunjung sejak diperkenalkan pada tahun 2009
lagi.
Monday, August 18, 2014
Monday, July 21, 2014
Salam Aidilfitri 2014
Kami warga kerja PKKM Cawangan Pahang ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan kepada semua.
Hulurkan Tangan Mohon Kemaafan,
Di Pagi Raya Yang Akan Datang,
Semoga Hari Raya Penuh Keberkatan,
Dari Kami Warga kerja PKKM Pahang,
Di Pagi Raya Yang Akan Datang,
Semoga Hari Raya Penuh Keberkatan,
Dari Kami Warga kerja PKKM Pahang,
Subscribe to:
Posts (Atom)