Tuesday, July 2, 2013

Video Program Malam Tenun Pahang Diraja 2013

Saksikan video Program Malam Tenun Pahang Diraja 2013
Hasil Karya En Norizwan Mat Nor




Malam Tenun Pahang Diraja 2013

Malam Tenun Pahang Diraja telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Jun 2013 di Grand Ballroom, Hotel Royale Chulan. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan merupakan urusetia majlis dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang.

Malam Tenun Pahang Diraja diserikan  lagi dengan keberangkatan KDYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi merasmikan majlis seterusnya melancarkan sebuah buku yang diterbitkan oleh Lembaga Muzium Negeri Pahang.

KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang turut mencemar duli mengiringi KDYMM Sultan Pahang.



Malam Tenun Pahang Diraja ini adalah inisiatif bagi meraikan dan menghargai semua yang terlibat secara langsung dengan pembuatan Tenun Pahang. Selain dari majlis makan malam, pertunjukan fesyen dari pereka terkenal negara turut diadakan. Uniknya semua rekaan pakaian ini menggunakan fabrik tenun pahang dari penenun di Pusat Tenun Sungai Soi, Penjara Penor, Penjara Bentong dan hasil pelajar Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Pulau Keladi Pekan.

Pereka yang terlibat dengan pertunjukan fesyen adalah Puan Hajjah Rodziah Md Yusoff ( Kraftangan Malaysia ), Datin Syarifah Kirana, Jovian Mandagie dan Rizalman Ibrahim.



Acara kemuncak pada Malam Tenun Pahang Diraja adalah pengumuman pemenang Pertandingan Rekaan Tenun Pahang bagi produk hiasan dinding. Sebanyak 36 rekaan telah dipertandingkan dan pihak juri dengan sebulat suara memilih Mohd Zaidi bin Husin dari Penjara Penor sebagai pemenang tempat pertama, Fauzan bin Zakaria dari Penjara Bentong kedua dan Puan Ziela binti Md Saud ketiga.Pemenang pertama menggondol hadiah wang tunai RM 14,000.00 dan trofi, kedua wang tunai RM 10,000.00 dan trofi dan ketiga RM 6,000.00 dan trofi.
Pameran produk warisan dan hasil kerja pelajar IKTPD serta UiTM turut diadakan. Sebanyak 7 Usahawan Tenun Pahang Diraja turut membuat jualan produk mereka dan sambutan yang diterima dari tetamu sungguh menggalakan. 



Tuesday, June 4, 2013

Penggambaran oleh RTM sempena Promosi Kerja Kahwin 2013

Pada Sabtu 1 Jun 2013 dan Ahad 2 Jun 2013 telah diadakan satu penggambaran berkaitan usahawan kraf kayu bagi mempromosikan produk-produk yang bakal dibawa ke Promosi Kerja Kahwin 2013.


Penggambaran telah melibatkan 3 syarikat iaitu Warisan Kraf Wood , Imey Kraf dan Tembusu Kraf. Penggambaran oleh pihak RTM ini telah dijalankan di bengkel usahawan yang terlibat.


Wakil produksi RTM datang ke Pahang bersama Cik Fazlin dari Bahagian Komunikasi Korporat dan dibantu oleh 2 pegawai unit usahawan Pahang bagi melancarkan lagi proses rakaman dan temubual yang dijalankan di bengkel-bengkel usahwan yang terlibat.