Tuesday, July 2, 2013

Malam Tenun Pahang Diraja 2013

Malam Tenun Pahang Diraja telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Jun 2013 di Grand Ballroom, Hotel Royale Chulan. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan merupakan urusetia majlis dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang.

Malam Tenun Pahang Diraja diserikan  lagi dengan keberangkatan KDYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi merasmikan majlis seterusnya melancarkan sebuah buku yang diterbitkan oleh Lembaga Muzium Negeri Pahang.

KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang turut mencemar duli mengiringi KDYMM Sultan Pahang.



Malam Tenun Pahang Diraja ini adalah inisiatif bagi meraikan dan menghargai semua yang terlibat secara langsung dengan pembuatan Tenun Pahang. Selain dari majlis makan malam, pertunjukan fesyen dari pereka terkenal negara turut diadakan. Uniknya semua rekaan pakaian ini menggunakan fabrik tenun pahang dari penenun di Pusat Tenun Sungai Soi, Penjara Penor, Penjara Bentong dan hasil pelajar Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Pulau Keladi Pekan.

Pereka yang terlibat dengan pertunjukan fesyen adalah Puan Hajjah Rodziah Md Yusoff ( Kraftangan Malaysia ), Datin Syarifah Kirana, Jovian Mandagie dan Rizalman Ibrahim.



Acara kemuncak pada Malam Tenun Pahang Diraja adalah pengumuman pemenang Pertandingan Rekaan Tenun Pahang bagi produk hiasan dinding. Sebanyak 36 rekaan telah dipertandingkan dan pihak juri dengan sebulat suara memilih Mohd Zaidi bin Husin dari Penjara Penor sebagai pemenang tempat pertama, Fauzan bin Zakaria dari Penjara Bentong kedua dan Puan Ziela binti Md Saud ketiga.Pemenang pertama menggondol hadiah wang tunai RM 14,000.00 dan trofi, kedua wang tunai RM 10,000.00 dan trofi dan ketiga RM 6,000.00 dan trofi.
Pameran produk warisan dan hasil kerja pelajar IKTPD serta UiTM turut diadakan. Sebanyak 7 Usahawan Tenun Pahang Diraja turut membuat jualan produk mereka dan sambutan yang diterima dari tetamu sungguh menggalakan. 



Tuesday, June 4, 2013

Penggambaran oleh RTM sempena Promosi Kerja Kahwin 2013

Pada Sabtu 1 Jun 2013 dan Ahad 2 Jun 2013 telah diadakan satu penggambaran berkaitan usahawan kraf kayu bagi mempromosikan produk-produk yang bakal dibawa ke Promosi Kerja Kahwin 2013.


Penggambaran telah melibatkan 3 syarikat iaitu Warisan Kraf Wood , Imey Kraf dan Tembusu Kraf. Penggambaran oleh pihak RTM ini telah dijalankan di bengkel usahawan yang terlibat.


Wakil produksi RTM datang ke Pahang bersama Cik Fazlin dari Bahagian Komunikasi Korporat dan dibantu oleh 2 pegawai unit usahawan Pahang bagi melancarkan lagi proses rakaman dan temubual yang dijalankan di bengkel-bengkel usahwan yang terlibat.


Monday, April 29, 2013

Ping Pong Mania Kraftangan Pahang

 Ping Pong Mania Kraftangan Pahang telah berlangsung dengan meriah nya bermula 16 April dan berakhir pada 25 April 2013 di Pusat Inkubator Kraf Temerloh. Semua perlawanan bertaraf dunia ini telah dilangsungkan pada sebelah malam. Seramai 14 peserta telah menyertai pertandingan ini di mana acara perseorangan telah dijalankan secara kalah mati dan acara beregu dijalankan secara liga.

Acara diserikan lagi dengan kehadiran YH Dato' Hj Zubair pada perlawanan akhir, seterusnya menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. 


 
 Perlawanan Akhir Beregu Antara Gilbert & Rashidi vs Wahyuddin & Safarin

Perlawanan Akhir Perseorangan Antara Gilbert ( Kayuma ) vs Zul ( Z&Z )

 Penyampaian hadiah untuk pemenang beregu
1. Gilbert & Rashidi
2. Wahyuddin & Safarin
3. Haziq & Najid
4. Arman & Rosidi

 Penyampaian hadiah untuk pemenang perseorangan
1. Gilbert ( Kayuma )
2. Zul ( Z&Z )
3. En Nizam
4. Zurahimi ( Imey Kraf )

Aksi terlampau dari semua pemenang  ;-)

 Aksi selepas game single

 Aksi YH Dato' dan para penyokong

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan acara ini terutama kepada AJK KSKKM cawangan Pahang atas penganjuran kejohanan yang berprestij ini.

Tidak lupa kepada semua anggota kerja dan usahawan yang turut serta memeriahkan kejohanan ini.