Thursday, August 9, 2012

Penyerahan Mesin Scroll Saw Untuk Peserta Inkubator

Assalamualaikum WBT

Pada 14 Jun 2012 yang lepas Sub Cawangan Pahang telah menerima 8 unit mesin Scroll Saw untuk di tempatkan di bengkel Gunasama dan di setiap premis peserta inkubator. Sesi penyerahan kepada usahawan inkubator ini telah disempurnakan sendiri oleh YH Dato' Hj Mohd Zubair Mohd Zain, Pengarah PKKM cawangan Pahang.

Majlis ringkas ini turut disaksikan oleh En Norizwan Mat Nor, Timbalan Pengarah PKKM Pahang, En Norhairul Nizam, Ketua Unit Pengeluaran, dan En Mohd Faizul, Ketua unit bahagian usahawan PKKM Pahang.

4 Peserta inkubator yang menerima mesin scroll saw untuk ditempatkan di bengkel mereka adalah dari Syarikat Baharim Lepa Kraf, Syarikat Z&Z Kayu Kraf, Syarikat Barokah Mumtaz Kraf dan Syarikat Seni Chempaka Kraf.

Pengurusan PKKM Pahang khasnya dan pengurusan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia amnya berharap produktiviti usahawan kraf kayu Pahang terutama peserta inkubator yang terlibat akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa dengan prasarana yang Kraftangan Malaysia sediakan ini.

En Rashidi ( Seni Chempaka ) & En Faizan ( Barokah Mumtaz ) menerima mesin untuk bengkel masing-masing daripada YH Dato' Hj Mohd Zubair

En Rafi ( Baharim Lepa ) & Pn Zanita ( Z & Z) menerima mesin untuk bengkel masing-masing daripada YH Dato' Hj Mohd Zubair








Thursday, July 12, 2012

PELAJAR-PELAJAR IKTPD MENJALANI LATIHAN INDUSTRI (LI)


Salam 1Malaysia,

Pada 4 Jun 2012 yang lalu, pelajar-pelajar IKTPD seramai lapan orang telah menjalani Latihan Industri (LI) selama 4 minggu. Latihan Industri ini diberikan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar kepada sistem pengeluaran produk sebenar dan tatacara bagi bekerja, menyelia dan mengawal sesebuah bengkel perniagaan.

Pelajar-pelajar ini telah dihantar ke pengusaha-pengusaha tenun pahang yang berada di sekitar Kampung Pulau Keladi seperti di Ayunan Emas Enterprise, Perniagaan Sutera Pulau Keladi, Wan Hasna Enterprise dan dua orang pelajar di Pusat Pengembangan Tenun Pahang Diraja, Kg. Soi, Kuantan. Latihan ini sedikit sebanyak memberi pendedahan sebenar kepada pelajar-pelajar di dalam industri Tenun Pahang Diraja mengenai selok belok perniagaan, motif-motif yang digunakan, trend warna masakini dan lain-lain lagi. Latihan Industri ini telah dipantau oleh Puan Siti Hajar dan Puan Fadlina serta latihan berakhir pada 30 Jun 2012 yang lalu.  


Thursday, June 21, 2012

Promosi Jualan Kraf Di Hotel Heritage, Cameron Highlands



PKKM Caw Pahang telah dijemput oleh Sekreteriat WAGGGS Malaysia untuk mengadakan Promosi Jualan Kraf sempena Program Friends Of Asia Pacific WAGGGS Malaysia 10th Anniversary Celebration pada 16 - 18 Jun 2012 bertempat di Hotel Heritage Cameron Highlands. Seramai 5 usahawan telah menyertai promosi jualan kraf ini.

                                 Jualan produk usahawan yang terlibat


                                 VVIP yang hadir ke promosi jualan kraf
                                  


Tuesday, June 19, 2012

Kerja Pemasangan WIFI oleh Bahagian Teknologi Maklumat HQ


Assalamualaikum WBT

Masalah akses talian internet telah selesai sepenuh nya di sub cawangan Pahang ( Temerloh) dengan pemasangan WIFI di sekitar kawasan pejabat di sini. Ini memboleh kan semua anggota kerja menjalankan tugas terutama yang melibatkan akses kepada talian internet.

Kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan oleh tiga orang anggota dari bahagian Teknologi Maklumat iaitu En Mohd Zulhelmi, En Khairul Aizat dan En Mohd Anis.

Pengurusan PKKM Pahang merakam kan setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada Pengurusan Kraftangan Malaysia di atas penyelesaian masalah yang di hadapi oleh anggota kerja di Temerloh ini.

Diharapkan agar semua anggota kerja dapat menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan dengan sebaik-baik nya dan sentiasa berusaha lebih gigih untuk meningkatkan produktiviti kerja dari masa ke semasa.


Thursday, June 14, 2012

East Coast Discovery, Bukit Gambang Resort City

PKKM Caw Pahang telah bekerjasama dengan Bukit Gambang Resort City telah mengadakan Program East Coast Discovery pada 26 Mei hingga 10 Jun 2012. Program East Coast Discovery ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang, YB Dato' Shafik pada 28 Mei 2012.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah jualan kraf yang disertai 16 usahawan kraf, demontrasi ukiran kayu, demonstrasi tenun pahang diraja, edu kraf mencanting batik, interaktif permainan gasing dan congkak.