Wednesday, February 15, 2012

Perjumpaan Usahawan SDSI Tenun Pahang DiRaja bersama Exco Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Pahang

Pada 14 Februari 2012, telah mengadakan Perjumpaan Usahawan SDSI Tenun Pahang DiRaja bersama Exco Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Ishak Bin Haji Muhamad di Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja, Pekan.



Tuesday, February 7, 2012

Perhimpunan Bulanan Januari


Perhimpunan Bulanan Januari 2012 telah diadakan dengan jayanya di PKKM Pahang ( Kuantan ) dan telah dihadiri oleh seramai 25 orang anggota kerja termasuk dari Pusat Inkubator Kraf Temerloh dan Insitut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Pulau Keladi.

Perhimpunan telah dimulakan dengan bacaan Al Fatihah diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Cintai Kraf Malaysia dan seterus nya ucapan daripada semua ketua unit. Upacara akhir sudah semestinya ucapan daripada YH Dato' Pengarah cawangan seterusnya menyampaikan amanat daripada YBhg Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

Semoga berjumpa lagi dalam perhimpunan yang akan datang. Bagi pihak unit pentadbiran PKKM Pahang sekali lagi sekalung perhargaan buat semua yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan ini.











Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012


Warga Kraftangan Malaysia cawangan Pahang ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua. Semoga tahun baru ini akan memberikan kejayaan yang cemerlang kepada diri dan organisasi kita.

Friday, December 16, 2011

Hadis : Ganjaran Istimewa Dari Amal Kebaikan

Ganjaran Istimewa Dari Amal Kebaikan

Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah."

Abu ad-Dardaa' r.a




Huraian
Pengajaran hadith:
i) Dalam menghadapi kehidupan dunia manusia mestilah berwaspada, jangan mudah terpedaya dengan perkara yang melalaikan diri daripada berusaha mengerjakan amal kebaikan lebih-lebih lagi perkara yang berhubung dengan harta benda dan cara membelanjakannya.
Ii) Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari terdapat dua malaikat yang menyeru manusia supaya:
a) Mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang untuk mencapai keredhaan Allah.
B) Mengambil ingatan bahawa pendapatan seharian yang diperoleh meskipun sedikit tapi mencukupi keperluan hidup di dunia yang meliputi harta benda dan nikmat-nikmat yang lain sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan yang banyak tetapi melalaikan manusia itu daripada mengerjakan amal ibadat dan kebajikan sebagai bekal untuk mencapai kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak.
iii) Sesungguhnya manusia yang membelanjakan harta benda, ilmu pengetahuan dan tenaganya di jalan Allah akan sentiasa didoakan oleh malaikat semoga Allah memberikan balasan yang berganda-ganda untuk dirinya, sebaliknya bagi yang bakhil, didoakan agar ditimpa kerugian yang besar.

sumber : e-Hadith

Thursday, December 1, 2011

Lawatan Peserta 37th ASEAN Ports Association Main Committee Meeting

Pada 24 November 2011 lebih kurang jam 10.30 pagi PKKM Pahang telah menerima tetamu daripada peserta-peserta yang terlibat dengan 37th ASEAN Ports Association Main Committee Meeting. Peserta ini terdiri daripada wakil-wakil dari sekitar negara ASEAN seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Philipina, Brunei dan beberapa negara lagi termasuk tuan rumah Malaysia.


Kedatangan 80 orang peserta termasuk anggota kerja Lembaga Pelabuhan Kuantan telah disambut oleh En Norizwan Mat Nor selaku timbalan pengarah PKKM Pahang. lawatan di mulakan dengan sedikit penerangan ringkas dan lawatan sekitar galeri dan pusat jualan. Lawatan ini turut diserikan dan dimeriahkan lagi dengan aktiviti mencanting batik oleh peserta lawatan.


Lebih kurang 2 jam lawatan ini selesai dan di akhiri dengan sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh pihak Lambaga Pelabuhan Kuantan. Terima kasih kepada semua anggota kerja yang terlibat dengan aktiviti ini.Semoga lawatan peserta ini akan memberikan pengalaman yang berharga buat mereka terutama dalam mengenali barangan kraftangan negara kita.