Friday, April 25, 2014

Program Jejak Warisan Kraf 22 - 24 April 2014


Pada 22 hingga 24 April 2014 telah berlangsung satu program yang dinamakan Program Jejak Warisan Kraf. Program ini merupakan program tahunan dan program berskala besar bagi Unit Pemuliharaan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Pahang. 


Program ini melibatkan aktiviti-aktiviti edukraf dan interaktif kraf. Aktiviti yang dilaksanakan adalah aktiviti edukraf asas ukiran kayu, edukraf mencanting dan mewarna batik, edukraf anyaman rotan dan edukraf tenunan tapestry.
Program ini melibatkan penyertaan 17 buah sekolah, 3 IPTA dan 2 buah NGO dari sekitar daearah Temerloh dengan penyertaan seramai 810 orang peserta.


Majlis perasmian telah diadakan pada 23 April 2014 bersamaan hari rabu jam 3.00 petang dan telah dirasmikan oleh Pengarah, Bahagian Pemuliharaan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Encik Zainal Abidin bin Che Pa dan diiringi oleh Pengarah, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Pahang YH Dato' Hj Mohd Zubair bin Mohd Zain.


Selain aktiviti edukraf, beberapa gerai jualan usahawan juga dibuka. Pihak Institut Kraf Negara juga tidak ketinggalan untuk mengambil peluang mempromosikan pengambilan pelajar terutama kepada pelajar-pelajar sekolah menengah atas.

Wednesday, April 16, 2014

LAWATAN KERJA PEMANTAUAN 'OUTLET' PREKA DI PULAU TIOMAN

9 April 2014

Bahagian Rekaan Ibu Pejabat, En. Halim dan En. Mohd Nazri bersama pegawai pereka Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang, En. Norizwan telah melakukan lawatan kerja pemantauan untuk kedai PREKA di Pulau Tioman iaitu di Kg. Genting dan Kg. Salang.


'Outlet' PREKA di Kampung Genting

Nilai jualan di Kg. Genting adalah sebanyak RM1,525.20 manakala di Kg. Salang pula sebanyak RM1,151.00. Ke dua-dua kedai berkenaan mula menjual produk PREKA pada pertengahan tahun 2013. Perniagaan pula terhenti seketika sekitar 3 hingga 4 bulan akibat angin monsun yang melanda dan membuatkan Pulau Tioman tidak dikunjungi pelancong.


'Outlet' PREKA di Kg. Salang

Di Kg. Air Batang, cadangan untuk mewujudkan 'outlet' PREKA di dalam sebuah restoren milik En. Nazri yang baru siap dibina.


Cadangan 'outlet' PREKA yang baru di Kg. Air Batang

Dengan wujudnya 'outlet' PREKA yang menjual produk-produk hasil kraftangan tempatan diharapkan dapat memenuhi permintaan pelancong untuk mendapatkan produk-produk tempatan sebagai cenderahati apabila ke Pulau Tioman. Cadangan dari penjual pula mohon agar produk-produk berkenaan ada tanda nama PULAU TIOMAN kerana ini  akan lebih menarik minat pelancong untuk memilikinya sebagai kenang-kenangan.


Gambar & laporan oleh:
Norizwan Mat Nor
PKKM Cawangan Pahang

Tuesday, April 15, 2014

LAWATAN WI NEGERI KELANTAN KE INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM, PULAU KELADI


Pulau Keladi (10 April 2014)- Seramai 30 orang dari WI negeri Kelantan telah datang ke IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam, Pulau Keladi Pekan Pahang untuk melihat sendiri latihan yang dijalankan untuk melatih para belia didalam Seni Kraf Tenun Pahang DiRaja. Lawatan ini diiringi oleh pengajar-pengajar kraf IKTPD ke galeri IKTPD bagi melihat hasil-hasil produk pelajar serta lawatan ke bengkel tenunan bagi melihat proses-proses yang dijalankan. Lawatan berakhir jam 10.40 pagi.

Tuesday, April 8, 2014

LAWATAN PELAJAR-PELAJAR IKN KE IKTPD TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM, PULAU KELADI


 Salam 1 Malaysia,

Pada 7 April 2014 (Isnin) IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam menerima lawatan dari Institut Kraf Negara dari Jurusan Seni Kraf Tenunan. Lawatan ini seramai 30 orang. Tujuan lawatan ini diadakan adalah
untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai perkembangan rekaan dan rekacorak dalam
penghasilan produk tenunan dan sekaligus mengenali Tenun Pahang DiRaja.

Lawatan ini mengeratkan lagi silatulrahim antara pelajar-pelajar dan anggotakerja IKN dan IKTPD. Lawatan ini berakhir pada jam 4.00 petang.


Monday, April 7, 2014

PAMERAN, JUALAN & PENDIDIKAN KRAF SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG & HARI KOKURIKULUM SMK ALOR AKAR 2014


 Salam 1 Malaysia,

Pada 5 April 2014 (Sabtu) IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam telah membuka kuanter untuk mempromosikan IKTPD kepada pelajar-pelajar SMK Alor Akar serta mengadakan pendidikan kraf tapestry dan pembuatan gelang tangan menggunakan benang nylon.
Selain daripada itu juga, jualan kraf juga diadakan dan desertai oleh dua syarikat iaitu Nadzred Enterprise & Batik AQ. Sambutan amat menggalakkan dari SMK Alor Akar.
Pihak Kraftangan Caw. Pahang merakamkan jutaan terima kasih kepada usahawan-usahawan yang terlibat serta warga SMK Alor Akar yang komitmen membantu kami. Moga bertemu dilain waktu. 


Friday, April 4, 2014

PENAZIRAN SEMAKAN STANDARD LATIHAN & AKADEMIK DARI INSTITUT KRAF NEGARA KE IKTPD TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM, PULAU KELADI PEKAN PAHANG


  Salam 1 Malaysia,

         Pada Rabu ( 2 April 2014) yang lalu ,pihak Institut Kraf Negara datang ke IKTPD Tengku Ampuan
Besar Meriam, Pulau Keladi bagi menyemak serta memantau latihan & akademik di IKTPD agar mengikut modul yang diberikan.
          Pegawai yang hadir untuk memantau adalah Puan Noridah Bt Johan, Puan Araiyah Bt Abdul Rahman
dan Puan Wan Hazuzie Bt Mustapha.

Wednesday, April 2, 2014

Penyerahan Mesin Kepada Warisan Craft Wood

PKKM Pahang telah menawarkan secara sebutharga kepada usahawan-usahawan negeri Pahang yang berminat untuk mendapatkan mesin yang hendak dilupuskan.

Jadi pihak Warisan Craft Wood telah berjaya mendapat 2 buah mesin iaitu Mesin Larik Panjang dan Mesin Spindle Moulder. Tahniah diucapkan.

Berikut beberapa gambar sekitar proses penyerahan mesin tersebut.