Tuesday, January 21, 2014

AL - FATIHAH

20 JANUARI 2014, Isnin

Seorang usahawan kraf Negeri Pahang dalam bidang anyaman mengkuang, Pn. Hamiah Zahid (Kak Mie) dari Syarikat Cherating BNB Kraf telah kembali ke rahmatullah pada tengah hari dan selamat dikebumikan pada lewat petang hari yang sama. Negeri Pahang telah kehilangan seorang usahawan berkaliber dan juga seorang sahabat yang sangat mesra.

"Dari Engkau kami datang dan kepada Engkau jua lah kami kembali". Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sisi Nya. Al-Fatihah.




PENGHORMATAN TERAKHIR
Jenazah Kak Miah selamat dikebumikan di tanah perkuburan
Kampung Cherating, Kuantan, Pahang



Laporan & Gambar
NORIZWAN MAT NOR

Friday, January 17, 2014

TETAMU DIRAJA DARI DENMARK : HER ROYAL HIGHNESS PRINCESS BENEDIKTE BERKUNJUNG KE IKTPD TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM, PULAU KELADI PEKAN


Her Royal Highness Princess Benedikte Astrid Ingebord Ingrid, Princess of Sayn-Wittgenstein-Berleburg ( Princess of Denmark ) telah berkunjung di IKTPD pada 15 Jan 2014. Ketibaan HRH Princess Benedikte telah disambut oleh YH. Dato' Haji Mohd Zubair Mohd Zain ( Pengarah PKKM Caw. Pahang ) bersama wakil - wakil Kerajaan Negeri Pahang yang lain. HRH Princess Benedikte dijadualkan tiba diiringi KDYTM Tengku Puan Pahang, namun dukacita Tuanku Puan Pahang tidak dapat berangkat bersama kerana kesihatan Tuankuyang tidak mengizinkan.




Thursday, January 16, 2014

PUSAT INKUBATOR KRAF TEMERLOH

LAWATAN & PENILAIAN PRODUK OLEH MAJLIS REKABENTUK MALAYSIA (MRM)

13 JANUARI, Isnin

Satu rombongan dari Majlis Rekabentuk Malaysia seramai 6 orang yang diketuai oleh Prof. Hairiri, pensyarah di UiTM, Shah Alam (Jurusan Senireka Industri) telah datang ke Pusat Inkubator Kraf Temerloh bagi tujuan untuk membuat penilaian terhadap produk-produk rekaan pereka di Cawangan Pahang (perbincangan awal dan persetujuan telah tercapai melalui YH Dato Hj Mohd Zubair, Pengarah PKKM Cawangan Pahang bersama wakil MRM, En. Zuljar Jaafar pada penghujung November lalu).

Penilaian ini adalah bertujuan untuk memberikan satu pengitirafan kepada produk keluaran Malaysia serta pereka dan pembuat (usahawan) terlibat di mana ianya nanti akan diiktirafkan sebagai "Malaysia Good Design Mark".




Pihak MRM sedang mendengar taklimat serta membuat penilaian
terhadap produk rekaan En. Norizwan & En. Wahiyuddin

Antara pandangan serta teguran yang diutarakan oleh penilai antaranya Prof. Hairiri sendiri, En. Azizi, En, Yusof Rani (pegawai Kraftangan Malaysia) adalah seperti :
  • Perlu lebih memberi penekanan terhadap imej tradisional atau Malaysian dalam reka bentuk moden atau kontemporari ;
  • Kualiti ketukangan perlu dijaga
  • Kepelbagaian jenis kayu perlu diteruskan
  • "Value added" dengan gabungan bahan lain
Produk-produk yang dinilai antaranya ialah set perabot tamu (kayu johar & merbau), 2 kerusi santai panjang, meja kopi (dihasilkan oleh En. Rosidi dan En. Mohd Hairi), pengantung penyapu dan kerusi taman yang merupakan produk baru bagi tahun 2013.






Rombongan MRM juga telah dibawa ke galeri dan bengkel usahawan kraf iaitu Kayuma Industry dan telah memaklumkan beberap produk yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai "Malaysian Good Design Mark". Perkara itu telah diambil maklum oleh pereka PKKM Pahang.



Lawatan ke galeri dan bengkel usahawan kraf
Kayuma Industry

Diakhir lawatan, Prof. Hairiri mohon pereka teruskan mengeluarkan idea-idea baru untuk produk yang lebih berimejkan Malaysian atau tradisional dan pihak MRM dari masa ke semasa akan sentiasa berhubung dengan Cawangan Pahang bagi mengangkat setiap produk itu ke tempat yang lebih baik di pasaran.



Pelapor & Pengarang
NORIZWAN MAT NOR

Juru Gambar
MOHD HAIRI ABDULLAH

Friday, January 10, 2014

Sekitar Kerja Pengagihan Bantuan Bahan Mentah Kepada Inkubator

Baru-baru ini Unit Usahawan PKKM Pahang telah mengagihkan bantuan bahan mentah kepada semua peserta skim inkubator kraf di Temerloh.



Bantuan bahan mentah ini adalah bagi kerja-kerja penghasilan produk Orentasi Pengeluaran ( OP ) sempena dengan Hari Kraf Kebangsaan 2014 ( HKK 2014 ) yang akan berlangsung lebih kurang 2 bulan dari sekarang.

Pihak pengurusan PKKM Pahang berharap semua peserta inkubator dapat menggunakan sebaik mungkin bahan mentah yang di terima dan menghasilkan produk kraf yang bermutu tinggi.



Thursday, January 9, 2014

Sesi Temuduga Kemasukan Ke Skim Inkubator Kraf 2014


Baru-baru ini telah berlangsung sesi temuduga untuk usahawan yang memohon bagi menyertai Skim Inkubator Kraf tahun 2014. Kesemua usahawan yang memohon untuk menyertai Skim Inkubator Kraf di Pusat Inkubator Kraf adalah pengusaha kraf kayu.



Temuduga telah dihadiri oleh oleh 5 usahawan kraf iaitu Syarikat Z&Z Kayu Kraf, Syarikat Seni Chempaka Kraf, Syarikat Baharim Lepa Kraf, Syarikat KZ Craft Collection dan Syarikat Unique Craft.



Panel temuduga terdiri daripada Pengurus, Pusat Inkubator Kraf En Norizwan, Ketua Unit Usahawan PKKM Pahang En Mohd Faizul, Ketua Unit Pengeluaran En Norhairul Nizam dan En Safarin Pegawai Unit Usahawan PKKM Pahang.



Semoga berjaya kepada semua peserta yang terlibat dengan temuduga yang dijalankan. Keputusan temuduga akan diketahui dalam masa terdekat. Bagi yang berjaya semoga menggunakan peluang dan kemudahan yang disediakan dengan baik.

Tuesday, January 7, 2014

Taklimat Latihan Jangka Pendek ( LJP )


Pada 30 Disember 2013 yang lepas Unit Usahawan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ( PKKM Pahang ) telah mengadakan satu sesi taklimat berkenaan Latihan Jangka Pendek kepada bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar Jerantut ( SMAPTJ ).


Program ini dianjurkan sendiri oleh  Pengetua SMAPTJ iaitu Ustaz Abd. Mubin bin Mohamed. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Unit Usahawan, En Mohd Faizul dan dibantu oleh En Safarin. Taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut.

Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh bekas-bekas pelajar SMAPTJ yang berminat dengan perusahaan kraf tangan dan juga ibu bapa serta penjaga mereka.


Sepanjang taklimat, En Mohd Faizul menerangkan secara terperinci berkaitan dengan Latihan Jangka Pendek yang ditawarkan di PKKM, syarat-syarat kemasukan, perjalanan latihan, keperluan latihan dan di akhiri dengan sesi soal jawab.

Semoga dengan sesi taklimat sebegini dapat memberi pengetahuan berkaitan kraf kepada mereka terutama golongan muda.

Thursday, January 2, 2014

Majlis Perpisahan Sempena Persaraan Puan Faizah binti Mohd Ali

Pada 31 Disember 2013 yang lepas telah berlangsung satu majlis perpisahan bagi meraikan persaraan salah seorang anggota kerja PKKM Pahang iaitu Puan Faizah binti Mohd Ali. Beliau masih mempunyai beberapa tahun lagi perkhidmatan tetapi atas sebab ingin menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan beliau, beliau mengambil keputusan untuk bersara awal.


Beliau merupakan antara 'otai' dalam bidang ukiran kayu. Yang lebih istimewa beliau adalah seorang wanita. Banyak jasa dan pengorbanan beliau telah taburkan kepada Kraftangan Malaysia.


Majlis tersebut turut dihadiri oleh Puan Ida Ruzila wakil dari pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.Majlis telah diserikan dengan beberapa acara termasuk ucapan dari YH Dato' Pengarah PKKM cawangan Pahang, ucapan wakil Pengurusan dari Ibu Pejabat, ucapan rakan-rakan sekerja seterusnya acara penyampaian cenderamata.

PKKM Pahang ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Puan Faizah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Pa I dikalangan anggota kerja. Semoga ikatan sebelum ini tidaka kan putus walaupun telah bersara.