Tuesday, April 19, 2011

Ceramah 'Mukmin Profesional"

Pihak Pengurusan PKKM caw Pahang telah menjayakan Ceramah bertajukMukmin Profesional pada 8 April 2011. Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Rosmaniati Bt Che Aman dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) .

Antara petikan yang diambil dalam ceramah tersebut ;

Saidina Ali ada berkata :
" Beramallah ketika ditempat yang tidak ada ganjaran tetapi hanya ada amalan (dunia), sebelum kita berpindah ke tempat yang hanya ada ganjaran tetapi sudah tidak ada amal (akhirat)."

Hadith Riwayat Muslim:
"Apabila mati seseorang anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali melauli 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya".


Diharap semua anggota kerja yang hadir dapat manfaat dari ceramah tersebut dan juga dapat menerapkannya dalam kerja seharian.

Tuesday, April 12, 2011

Kraf Elemen Industri Kreatif Negara

Oleh : Abdul Manan bin Ismail
Emel : manan[at]kraftangan.gov.my
Bahagian Komunikasi Korporat

Kebelakangan ini kita sering terdengar berkaitan Industri Kreatif Negara, Dasar Industri Kreatif Negara dan pelbagai lagi berkaitan dengan Industri Kreatif dan merujuk kepada buku Dasar Industri Kreatif Negara yang diterbitkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan membawa maksud industri-industri yang melibatkan kreativiti individu, keterampilan dan bakat yang mempunyai potensi menjana kekayaan serta penciptaan peluang pekerjaan melalui penggalakan dan eksploitasi harta intelek.

Industri Kreatif merupakan satu sumber yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara di samping memartabatkan budaya bangsa jika ia diselenggarakan dengan bijak dan teratur. Atas dasar masa depan industri ini menampakkan prospek yang tinggi maka pucuk pimpinan negara memberi penumpuan kepada pembangunan industri kreatif yang mencakupi Industri Kreatif Multimedia, Industri Kreatif Seni Budaya dan Industri Kreatif Warisan Budaya.

Menyedari hakikat ini, usahawan-usahawan kraf perlu peka bahawa Industri Kraf juga tergolong di dalam Industri Kreatif di bawah Industri Kreatif Seni dan Budaya. Ia membuka ruang dan peluang kepada masyarakat kraf untuk maju ke hadapan dengan sokongan padu yang telah ditunjukkan oleh kerajaan. Kesungguhan untuk memajukan industri ini perlu di pergunakan sepenuhnya oleh usahawan kraf untuk mencapai matlamat menjadikan industri kraf sebagai satu industri yang berdaya saing dan dinamik.

“Pengusaha kraf, tukang-tukang kraf dan penggiat kraf anda tergolong sebagai individu di dalam Industri Kreatif Negara”


Petikan diatas telah diambil dari website : www.kraftangan.gov.my

Monday, April 11, 2011

Lawatan Akademik Pelajar Ijazah Teknologi Perabot UiTm Pahang.

Para pelajar melawat ruang pameran galeri warisan


para pelajar berkesempatan untuk mengambil gambar


melawat ke pusat jualan Karyaneka


melawat ke bahagian bengkel dan melihat contoh-contoh kayu larik


melawat ke bilik kemasiapan


melihat contoh-contoh kesiapan















Pada 5 April 2011, pelajar-pelajar program Sarjana Muda (Kepujian)
Teknologi Perabot Fakulti Sains Gunaan dari Universiti Institut Teknologi Mara
Pahang (UiTM) kampus Jengka membuat satu lawatan akademik
bagi memenuhi keperluan program mereka di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Kuantan, Pahang.
Lawatan di hadiri seramai 16 orang pelajar dan seorang pegawai pengiring.

Semasa lawatan di adakan, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran yang jelas tentang penghasilan
kraftangan di samping menghubungkaitkan dengan apa yang telah di pelajari dan selain itu juga
para pelajar berkesempatan melihat produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan pahang.

pada jam 4.30 petang, pihak PKKM telah menyediakan minuman untuk disajikan kepada para pelajar.