Tuesday, February 22, 2011

Aktiviti Unit Pembangunan Usahawan di Pulau Tioman

Sesi bergambar penutup LJP Batik Lukis, Pulau Tioman
Kursus Batik Pewarnaan Asli

Penyerahan surat setuju terima bantuan bengkel Suzila Batik, Pulau Tioman

Penyerahan surat setuju terima bantuan bengkel Norman Batik,Pulau Tioman


Pada 12 Februari 2011 Unit Pembangunan Usahawan PKKM Cawangan Pahang telah mengadakan majlis penutup LJP batik lukis di Kg. Genting Pulau Tioman. LJP tersebut bermula pada 8 November 2010 hingga 8 Februari 2011, Seramai 4 orang peserta telah tamat dengan jayanya.

Para peserta terdiri daripada penduduk tempatan Pulau Tioman, tenaga pengajar LJP tersebut adalah en. Mohd Azizol Abdul Aziz iaitu merupakan bekas penuntut IKN jurusan diploma seni kraf batik. Selama tempoh tiga bulan tersebut para peserta dapat mempelajari teknik asas pembuatan batik lukis, sehubungan dengan itu tenaga pengajar berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan pelatih dalam menghasilkan kepalbagaian teknik asas yang dapat diaplikasikan bagi menghasilkan produk. Antara produk yang dihasilkan adalah pario, lukisan dinding dan scaft.

Didalam majlis tersebut en. Wahi Alkhan wakil daripada Lembaga Pembangunan Tioman telah menyampaikan sijil tamat latihan kepada peserta, dengan adanya LJP batik lukis ini ia dapat mengembangkan lagi industri kraf tempatan terutamanya Pulau Tioman merupakan destinasi pelancongan.

Pada 10 hingga 12 Februari 2011, PKKM Cawangan Pahang juga turut mengadakan Kursus Batik Pewarnaan Asli. Seramai 8 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut dan tenaga pengajar adalah En. Aziz bin Awang (Aziz Batik) usahawan dari Negeri Kelantan. Para peserta dapat mempelajari dalam menghasilkan warna alam semulajadi yang terdapat di sekitar Pulau Tioman, antara bahan warna yang telah dihasilkan ialah Pokok Bakau, Daun Bunga Kembang Malam, Daun Mangga dan lain-lain. Tenaga pengajar berpendapat bahawa bahan warna di sekitar Pulau Tioman mempunyai kesan yang menarik berbanding dengan tempat lain.
Dalam pada itu juga Unit Pembangunan Usahawan membuat tinjauan ke atas bengkel yang dinaik taraf dan menyerahkan surat akuan setuju terima bantuan bengkel kepada usahawan Norman Batik di Kg. Salang dan Suzila Batik di Kg. Genting.

No comments: